Thursday, 25 May 2017

Bahasa dan Cinta (Nuril,2012)

BAHASA 
& CINTA

Bagaimana hendak memulakan perkenalan? Mengenyit mata? Kelihatannya seperti miang. Mungkin juga kelihatan nakal dan penakut. Mengapa tidak sahaja menghampiri dan hulurkan lafaz salam dengan senyuman? Nampak lebih budiman.

Tetapi biarlah kena dengan tempatnya. Jangan pula cuba menjadi budiman apabila si dia sedang laju melangkah menuju tandas awam. Kita mungkin akan menakutkan si dia, dan kejadian seterusnya yang tentunya tiada berbau debunga wangi tidaklah sanggup saya bayangkan.

Sekiranya sudah mula mengenal, kita mula bertukar nombor telefon, ataupun ID akaun Facebook. Tentu perasaan terus bergelojak mahu terus berhubung. Kita mula menghantar pesanan menggunakan SMS ataupun kemudahan sembangdi laman Facebook. Kita cuba mengenali si dia dengan lebih mendalam dengan bertanya khabar dan melontarkan soalan yang paling syahdu serta digunakan oleh hampir 90% rakyat Malaysia yang cuba mencari cinta, iaitu : “Sudah makan belum?”

Kita menunggu, lalu seketika kemudian si dia membalas, “Sudah.” Hati melonjak riang, laludengan pantas kita menaip : Mkn per???

Pada diri kita mungkin tiada salahnya soalan itu, satu soalan retorik yang cuma mahu memanjangkan perbualan. Tetapi kita tidak sedar, soalan dengan cara tulisan sebegitu adalah satu malapetaka! Kita belum benar-benar mengenali si dia.

Perkara pertama. Mungkin si dia seorang yang sensitif. Mengapa saya katakana ia satu malapetaka? Adakah kita sedar, sekiranya dibaca soalan yang ditulis tadi,kita seperti sedang mendesak si dia supaya lekas menjawab. Tulis dengan satu tanda soal sudah cukup. Sekiranya lebih daripada satu, pertanyaan kita tadi dibaca sebagai satu paksaan. Si dia mungkin tertanya-tanya, mengapa sehingga dirinya perlu didesak bagi menceritakan apa yang dimakannya? Mungkin si dia juga terfikir, belum ada apa-apa hubungan sudah mahu sibuk. Inilah malapetaka!

Begitu juga dengan penggunaan tanda seruan. Cukuplah kita gunakan satu sahaja tanda seruan di penghujung ayat. Sekiranya diletakkan lebih daripada satu tanda seruan, ia menggambarkan seolah-olah penulisnya sedang marah dan menjerit-jerit.

Perkara kedua. Kita menulis dengan perkataan singkatan dan menggunakan bahasa slanga. Perkataan singkatan yang ditulis mungkin membawa maksud yang lain apabila orang lain membacanya. Risikonya, apa yang kita mahu beritahu mungkin tidak kesampaian dan disalah tafsir. Keadaan ini dapat menimbulkan salah faham. Ia juga dapat menimbulkan persepsi penulisnya seorang yang terburu-buru dan gopoh.

Penggunaan bahasa slanga pula seolah-olah menunjukkan kita Cuma mahu bermain-main dan tidak serius. Apa sahaja yang kita tulis menggunakan bahasa slanga ini tidak akan  dipandang berat oleh orang lain. Mungkin kita mahu menyampaikan satu berita yang serius. Tetapi disebabkan kita gagal berbahasa dengan baik, tiada siapa mahu mendengar apa yang kita hendak sampaikan. Mungkin bagi kita, dengan menulis ringkas dan berbahasa slanga ini hanya perkara biasa, tetapi kita perlu sedar impaknya adalah besar.

Jadi, cuma dengan satu ayat yang tidak ditulis dengan baik, si dia dapat membuat pelbagai persepsi negatif ke atas kita. Kita mungkin dianggap seorang yang suka mendesak, gopoh dan terburu-buru, tidak serius dan tidak tahu bahasa. Maknanya secara tidak langsung, ‘saham’ kita bagi meraih cinta sudah merudum.

Sekiranya kita berkomunikasi tanpa bersemuka dan tanpa bersuara, apa yang ditulis itu penting. Apabila kita menulis dengan baik, penuh perkataan dan lengkap ayatnya, pihak di sebelah sana berasa senang dan selesa berhubung dengan kita. Tiada istilah ‘skema’ perlu dibangkitkan. Ia melambangkan rasa hormat kepada orang yang berhubung dengan kita. Sekiranya kita menghormati orang lain, kita juga akan dihormati.

Sebenarnya, cinta itu bukan hadir kerana cantiknya rupa ataupun harumnya bunga. Cinta itu datangnya daripada moleknya bahasa. Sekiranya tidak, manakan mungkin wujudnya pantun, gurindam dan seloka – lantunan indah bahasa orang dulu-dulu yang digunakan buat hiburan juga memikat. Mereka sudah lama sedar peri pentingnya bahasa ini. Jadi akhir kata, cintailah bahasakita, maka kita kelak dicintai.


Post kali ini,, ditulis pada 10 july 2012.. saya tak tahu mana idea tu datang, tapi ada dalam folder saya.. Moga bermanfaat :)

Monday, 15 August 2016

Dunia Hari Ini Kelakar.


dunia hari ini kelakar..
kelakar dengan keletah manusia yang tak sedar-sedar.
melakukan perkara bodoh yang mengundang tawa dan ejekan orang lain.

dunia hari ini kelakar..
bila diberi nya peluang pada manusia.
namun mereka masih angkuh mendabik dada seolah-olah tiada dosa.

dunia hari ini kelakar..
bila wujudnya manusia berhati batu kering kontang bertanahkan padang pasir.
menghina menyalahkan manusia berhati tisu yang dianggap lemah tiada kuasa.

dunia hari ini kelakar..
bila ada manusia cuba menjadi badut untuk menggembirakan manusia lain..
tapi dianggapnya kita menakutkan mereka dengan wajah yang hodoh..

dunia hari ini kelakar..
bila di minta untuk dimaafkan,
menyuruh kita terjun bangunan membunuh diri yang dipaksa melakukan dosa.

dunia hari ini kelakar.
bila manusia tidak mengharapkan apa-apa balasan.
terus direjam kita ke laut yang penuh dengan pemangsa baru yang lebih ganas dan kejam..

dunia hari ini kelakar..
dunia hari ini kelakar..
dunia hari ini kelakar..

mari kita ketawa bersama..

aku tenang bila tiada lagi kata cacian dari mu.
memang aku mahukan kemaafan darimu.
aku sanggup melakukan apa saja demi meraih maaf darimu.
namun.
tidak ku sangka ini pengakhirannya..

"tu yang terakhir..
kita berbaik.
im ur senior
no heart feeling please"

kau tahu..
kata-kata ini lebih kejam..
lebih sakit dari kata cacian..
lebih sakit dari kata tuduhan kau yang tidak berasas dulu..

malu. 
lawak pun ada.
kelakar.
dua minggu lebih kau menyakiti aku.
tapi sikit pun air mata ini tak tumpah..
tapi hanya dengan empat baris ayat..
ia cukup melukakan..
luka paling dalam.

tidak mengapa. 
ini jalan hidup aku.
dunia ini hari ini kelakar.

cukup..
akan ku kunci hati ini serapat-rapatnya.

aku dah penat..
penat dengan dunia yang kelakar yang tiada kesudahannya...

terima kasih buat aku jadi begini...


Wednesday, 3 August 2016

bersawang berhabuk berdebu

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t
hmmm hmmmm dah dua tahun rupanya tak update blog nih. . haha

oke nak cerita pasal apa eah ?
oke first sekali, aku tengok last update pasal IPG..haha oke ni lawak. . 
tak dapat pun IPG. . hmmmm failed kat interview.... 

aku masuk matrikulasi perlis tahun 2014.
2015 pulak aku tamatkan matrikulasi dengan pointer............... ahahah tayah tau la...
then sept, aku masuk UUM,, Bachelor of science with honour (B.Mathematics)
 bakal mathematician woiyyy...
cita-cita sejak sekolah rendah... haha.. actually form 4.. tpi minat math since sebelum masuk tadika :)
mesti tak percaya kan ? umi yang cerita. umi cakap dulu 4 tahun aku suka mengaji. pastu aku ikut abang2 aku suka math :')

oke la.. ap lagi.. haa kiranya sekarang aku kat uum lah.. nak masuk second year..
fuhhh dugaan kat U, berat woiyhhh...
serius kalo tak kuat iman.. memang hanyut..
hmmm hanyut dah punnnnn... hahahha

tapi tak salah kan nak mula balik ? 
nak buang kisah2 yang pahit... simpan yang manis2...
baru setahun... ada lagi dua tahun setengah nak tempuh.. lepas tu intern.. pastu nak sambung master..
nak sambung phD.. 
kahwin ? hmmm macam dah taknak fikir... 

kalau nak cerita pasal matrik, sampai esok pun xhabes menaip lagi.. haha.. xpa la..
kita coret sikit2.. agar kenangan tu tak luput dek zaman duk je bersawang kat blog nih.. hahaha.. 

with my roomates kesayangan. waktu ni iftar perdana.
Ahli Pusat Islam :)
 My Classmates.. group BI
 Ahli jawatankuasa Blok A2 :)
my classmate with teacher Bisnes
ada orang curi gambar kita tengah tenat.. hahaha
1001 kenangan dalam kem ni.. haha hanya aku dia dan Allah je yang tahu... betapa sakit untuk aku lalui waktu ni
haahaa.. ketua kontijen kawad :') chubby gila waktu ni
sumpah sayang mereka semua. tatkala kita bangun untuk berhijrah.manisnya hanya Allah yang tahu..
opssss apehal orang suka curi gmbar i nih :')
 majlis apa ni ? hahahah shhhhh bye bro. .
 
haiiii.. tak ingat nama prog ni.. macam launcher utk usrah migguan gitu la...
muslimat pusat islam.. Allah.. rindunya..
 weyy hahaha gambar nakal panjat apa ntah.. riadah sangat :')

dah2.. banyak lagi gambar.. tapi ni je la mampu upload.. hahahah... aku dah pishang tahap apa dah ni smpai sanggup cari balik password blog ni hahahaah... 

sapa cakap aku tak rindu aku yang dulu ?
berbanding sekarang ? Allah... apa aku dah buat ?
hmmmm.. Fahgfirli ya Ilahi..

nak bangun, nak bangun macam dulu..
kenapa aku tak sekuat dulu ?
ya jawapan tu ada pada diri aku sendiri..
  
sehinggakan aku jatuh cinta pada yang tidak selayaknya..
hey i tak bercinta oke ! jatuh ja.. dan sakit rupanya bila jatuh ni..
mana tak nya.. hati yang terluka. bukan jari.. hahahaha...

apa yang aku merepek taktau.. 

teringin nak sarung balik
nak sarung balik jubah, handsocks, tudung labuh, niqab... 
tapi kuat ke aku ?
layak ke aku ? dengan apa yang aku dah pernah buat ?
agak2 orang terkejut tak ?

ye la.. kat u, sekali pun aku tak pernah sarung tudung labuh tu.. ehh pernah... wktu kem first step dulu..
tapi tu waktu aku tak kenal orang.. orang tak kenal aku..
rindu nak pergi usrah... maghrib isyak jemaah di masjid..
rindu hafalan2 aku yang dah terbang ke mana..
terlampau banyak titik hitam dalam hati ni..
Allahu... :'(

MOHON TEMBAK AKU DENGAN DOA.

AGAR AKU KEMBALI KE JALAN YANG DIREDHAI NYA..
AGAR AKU KUAT UNTUK PADAM EPISOD MERAPU AKU KALI NI..
AGAR AKU ISTIQOMAH PADA PERUBAHAN KALI NI...
AGAR AKU TUTUP PINTU HATI NI UNTUK MANA2 AJNABI..
BIAR TIBA WAKTUNYA.. AKU PULIH...
INSYAALLAH AMINNNNNN....